Blog sekadar mengisi masa lapang

Monday, August 29, 2011

Berhati-hati di jalan raya


Sempena musim perayaan, kita terbiasa diberitakan dengan kes kemalangan jalan raya saban tahun. Walaupun dengan pelbagai usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuklah Ops Sikap dan meningkatnya jumlah-jumlah saman, kemalangan masih lagi di tahap yang sangat tinggi. Oleh itu, berhati-hati lah di jalan raya. Jangan jadikan lebuh raya sebagai medan perlumbaan untuk orang-orang yang tak bertauliah. Pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Rancang perjalanan anda dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya.

"Gajah mati meninggalkan gading,
Udang harimau mati meninggalkan kulit,
Manusia jangan la mati,
Kalau mati tak dapat balik raya."

Pandu cermat jiwa selamat :)


0 comments:

Post a Comment