Blog sekadar mengisi masa lapang

Tuesday, August 30, 2011

Malam raya dan malam merdeka


Malam Syawal ke-2 juga merupakan malam kemerdekaan negara yang ke-54. Sesetengah orang memanggil perayaan kali ini sebagai merdeka-raya. Ini bererti, kita mencapai 2 kali kemenangan di mana kita memenangi perang hawa nafsu dan juga perang menentang gerila. Jadi, marilah sama-sama kita bersyukur dan jadikan perayaan kali ini sebagai perayaan yang penuh bermakna. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Yang tak berapa nak tua dan tak berapa nak muda dianak-anak tirikan. :)

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Ini kan pula hari Merdeka,
Jadi jangan la gigit lidah,
Dari gigit lidah, mari sambut merdeka di Dataran Merdeka.

Monday, August 29, 2011

Berhati-hati di jalan raya


Sempena musim perayaan, kita terbiasa diberitakan dengan kes kemalangan jalan raya saban tahun. Walaupun dengan pelbagai usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuklah Ops Sikap dan meningkatnya jumlah-jumlah saman, kemalangan masih lagi di tahap yang sangat tinggi. Oleh itu, berhati-hati lah di jalan raya. Jangan jadikan lebuh raya sebagai medan perlumbaan untuk orang-orang yang tak bertauliah. Pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Rancang perjalanan anda dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya.

"Gajah mati meninggalkan gading,
Udang harimau mati meninggalkan kulit,
Manusia jangan la mati,
Kalau mati tak dapat balik raya."

Pandu cermat jiwa selamat :)


Eid Card to bloggers



Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap
Lembu punya susu cap teko dapat nama
Jadi jangan minum susu di pagi raya
Terima lah kad raya dari saya ye

Selamat Hari Raya