Blog sekadar mengisi masa lapang

Wednesday, October 12, 2011

Tahniah buat Engineer-Engineer Malaysia



Terlewat terlambat terkemudian untuk update blog ini. Seingat aku, hari selasa mahupun rabu minggu lepas konvokesyen ini berlansung. Hari ni dinamakan hari Oren Semalaysia dek kerana abang-abang engineering sudah menamatkan pengajian mereka. Malah, dah bekerja di pelbagai bidang profesional sekitar Kuala Lumpur. Apa mahu cakap ? Mereka ini sungguh hot. :)

ikan gelama ikan keli
ikan kerapu ikan bawal
tahniah korang-korang semua sekali
terlupa nak update blog ni awal-awal

Wednesday, October 5, 2011

Laporan lengkap konvokosyen si housemate



Tahniah buat kamu. Tahniah akhirnya menjadi lelaki. Istilah lelaki dalam diri aku bukan lah dari segi kekuatan beradu tenaga, mahupun keberanian di atas motor. Lelaki itu tak lebih tak kurang orang yang memperbaiki diri untuk sentiasa menjadi yang lebih baik dan terbaik di kalangan lelaki lain. Dan hari ini, hang dah buktikan kat aku hang dah jadi lelaki. Tahniah encik.

Pergi sawah untuk menanam padi
Menanam padi mestilah di sawah
Tahniah diucapkan untuk si Badi
Lepas ni bila pulak nak bekwah ?


Monday, October 3, 2011

Menanti saat yang diimpikan


Hey. hey. Mood konvokesyen sudah pun tiba. Mari adik mari kakak mak cik orang kampung semua kita pakat mari ke university menyambut anak-anak, sedara, sepupu sepapak mengambil segumpul ijazah. Ijazah sebagai satu ukuran kejayaan seseorang walhal itu tak membawa apa-apa makna tapi apakan daya, corak barat itu kita ikuti. Kata Ustaz Azhar, apa ada dengan ijazah kalau masak, menjahit dan kerja rumah yang simple pimple itu pun kau tak boleh buat ? Mahu kan pula letak harga hantaran kahwin berdemand-demanddd. Renung-renungkan dan selamat bertaubat.

Dua tiga kucing berlari
Tiga empat kambing berdiri
Mari-mari kita kemari
Menzahirkan hari kegemilangan ku ini.

Jangan lupa. 08102011 jam pagi-pagi lagi lah. Jumpa mung di nung